Kepentingan dalam fizik Masa Planck

Masa Planck didatangkan dari bidang fizik matematik yang dikenali sebagai analisis dimensi yang mengkaji unit-unit ukuran dan pemalar-pemalar fizikal. Masa Planck merupakan kombinasi unik bagi pemalar graviti G, pemalar kerelatifan c, dan pemalar kuantum h, untuk menghasilkan satu pemalar dengan unit-unit masa. Untuk proses-proses yang berlaku pada ketika t adalah kurang dari satu masa Planck, maka kuantiti tanpa dimensi tP / t adalah lebih daripada satu. Analisis dimensi menganjurkan bahawa kesan-kesan mekanik kuantum dan graviti sekali akan menjadi penting dalam keadaan-keadaan ini, maka memerlukan teori graviti kuantum. Kesemua uji kaji sains mahupun pengalaman manusia berlaku dalam berbilion-bilion masa Planck, maka adalah sukar untuk mengesan sebarang peristiwa yang berlaku dalam skala Planck.

Analisis ke atas imej-imej medan dalam Teleskop Angkasa Lepasa Hubble pada tahun 2003 mencetuskan perbahasan tentang implikasi fizikal oleh masa Planck sebagai selang masa minimum fizikal. Menurut Lieu dan Hillman,[3]teori-teori spekulatif tentang graviti kuantum "berbusa" di mana terdapat ginjatan ruang masa pada skala Planck meramal bahawa imej-imej objek yang terlampau jauh seharusnya kabur. Bagaimanapun, imej-imej Hubble itu langsung tidak kabur, oleh itu mendatangkan kemusykilan bagi teori-teori sedemikian.[4]Hal ini dipertikai oleh pihak-pihak lain, khususnya Ng et al.,[5]yang menyatakan bahawa kesan kekaburan itu terlebih anggar oleh Lieu dan Hillman mengikut faktor-faktor antara 1015 dan 1030, maka pemerhatian-pemerhatian itu jauh kurang berkesan dalam menetapkan teori: "kesan-kesan terkumpul akan ginjatan ruang masa pada kekoherenan fasa cahaya [dalam teori-teori ruang masa 'berbusa' yang kecil] terlalu kecil untuk dapat dicerap".